Tuesday, November 12, 2013

Khalwat: Shah Jaszle Tidak Mengaku Bersalah. Farah Nurizzati Mengaku Bersalah





Kes perbicaraan Shah Jaszle masih lagi tidak berkesudahan, Pasti ramai yang masih ingat tentang kes khalwat antara Shah Saszle dan Farah Nurizzati di sebuah apartment di Subang, Mei 2013 yang lalu. Kes ini menggemparkan peminat dan sesiapa sahaja yang mengenalinya apabila pada ketika itu Shah Jaszle merupakan seorang tunangan orang. Lebih parah lagi apabila Shah Jaszle yang ditangkap khalwat diikat jamin sendiri oleh tunangnya.






Baru-baru ini berlangsungnya perbicaraan kes ini di Mahkamah Rendah Syariah, Petaling Jaya. Shah Jaszle atau nama sebenarnya Shahrizal Jaszle mengaku tidak bersalah atas tuduhan khalwat di depan hakim Syarie, Abdul Halim Samah maakala seorang lagi tertuduh, Farah Nurizzati pula mengaku bersalah atas kesalahan tersebut.

Farah yang mengaku bersalah diperintahkan membayar denda sebanyak RM 3,000 atau penjara selama tiga bulan jika beliau gagal untuk membayar denda tersebut.




Perbincaraan seterusnya bagi pasangan ini ditetapkan pada 21 Januari 2014 nanti dan tertuduh dibebaskan dengan wang jaminan sebanyak RM1500. Kita tunggu perkembangan selanjutnya kes ini.

0 comments:

Post a Comment

Follow Me

Powered by Blogger.